tahniah kpd yg sudah bertemu jodoh..semoga kalian bhg disamping pasangan masing2...cheeeeeeewah...adakah ini aku??? len mcm je kan..hehe..sebenarnye kisahnye bermula smlm ms dgr hot chat am krew..pasal adakah anda mengenali pasangan anda?hurrmmm..korang kenal ke pasangan korang tuh..luar & dlm..soklan ini dituju khas jugak utk aku yg baru setaun jagung mendirikan rumah-tangga..bnyk dugaan ko...walhal baru setaun...mcm2 masalah timbul..x payah la aku nak cite kat sini kan..mslh dlmn..biarla rahsia bak kate dato' ct.. :) biase la tuh..common for those yg bergelar suami isteri..kan..
nak share ngan korang sedikit info aku dpt ms google td..soal jawab beberapa isu alam rumah tangga..bc tau..bc smp abis..
20 Soal dan Jawab Alam Rumah Tangga
1) Q: Sudah buat istikharah sebelum kahwin, kenapa masih hadapi masalah dengan pasangan?
A: Dalam soal mencari jodoh, kita
2) Q: Berapa lama pasangan yang baru kahwin dapat merasai suasana bulan madu?
A:
3) Q : Kenapa cinta semata-mata gagal mengikat perkahwinan?
A : Sebelum berkahwin memang segala-galanya indah. Apapun cabaran sanggup diharungi ketika cinta sedang meluap-luap. Tapi cinta yang katanya suci boleh bertukar rupa setelah menempuh pancaroba alam rumah tangga.KERANA CINTA ITU KINI TELAH DIIKAT OLEH TANGGUNGJAWAB (AMANAH) YANG PERLU DITANGANI DENGAN MAHABBAH (KASIH SAYANG) DAN RAHMAH (BELAS KASIHAN). Jika tiada ikatan tanggungjawab, tiada kasih sayang dan tiada belas kasihan, cinta boleh menjadi hambar dan akhirnya layu bila keburukan dan kekurangan pasangan terserlah.
4) Q : Bagaimana cinta boleh berputik dan subur tanpa berkenalan sebelum kahwin?
A : Kata pakar mtivasi Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, CINTA ITU ADALAH SATU MAKHLUK. “Seperti juga pokok, ia boleh dipupuk kdan dibaja supaya bercambah hingga menghasilkan buah.” Cinta juga satu proses di mana mendalamnya rasa cinta itu boleh ditingkatkan dari masa ke masa. Ertinya tidak mustahil “pohon cinta” yang hanya ditanam setelah kahwin boleh hidup subur dan menghasilkan buah yang masak ranum. Dan tidak mustahil cinta yang semakin matang dan mendalam selepas pertengahan usia.
5) Q: Bagaimana mendapatkan pasangan yang sempurna?
A: JANGAN MIMPI UNTUK BERTEMU PASANGAN YANG SEMPURNA SEGALA-GALANYA.Apa yang kita temui adalah pasangan yang mempunyai banyak atau sdikit ciri-ciri kesempurnaan pada dirinya. Kesediaan kita untuk menerima kekurangannya dan menghargai ciri-ciri kesempurnaannya itu akan menjadikan dia seorang yang ‘sempurna’. “Sifat redha dan syukur kitalah yang akan menyempurnakan pasangan kita,” kata Dato’ Dr Mashitah Ibrahim.
6) Q: Berapa lama diperlukan untuk benar-benar mengenali pasangan?
A: Tiada tempoh tertentu, TAPI yang pasti bukan setahun dua. Lebih-lebih lagi, bukan dalam tempoh perkenalan sebelum kahwin. Kita akan mengenali pasangan secara beransur-ansur sepanjang meniti usia perkahwinan. Ramai pasangan yang mengakui hanya betul2 kenal kenal pasangannya setelah menempuh suka duka bersama selama BELASAN ATAU BERPULUH TAHUN.
7) Q : Cukupkah belajat fardhu ain masa dekat hendak kahwin?
A : Bakal suami kalau masa hendak kahwin baru sibuk belajar fardhu ain, mana sempat nak DIDIK ISTERI sebab ilmu yang diperolehi belum sebati diamalkan. Masih dalam peringkat mencuba-cba dan belum betul-betul serasi dengan diri. Apabilaberlaku krisis rumah tangga, tak mahu dekat dengan pada Allah, tidak solat dan saling menyalahkan. Apabila menyedari diri serba kekurangan, seriuslah menghayati amalan agama dan banyakkan bertanya serta berincang dengan orang yang berpengalaman kerana menjalani kehidupan berumah tangga tidak boleh main guna teori dan logik akal. Ilmu fardhu ain yang dipraktikkan secara konsisten akan memberi kesan baik pada hati dan peribadi.
Q: Kenapa selalu salahkan pasangan?
A: APABILA KITA HANYA NAMPAK KEBURUKAN PASANGAN, PETANDANYA KITA BELUM BENAR-BENAR KENAL DIRI.Seorang pakar motivasi berkata, pasangan kita adalah cermin diri kita. Bagaimana hendak kenal diri? Jalannys, keluarlah sebentar dari diri dan lihat diri ‘dari luar’. Bayangkan kita orang lain, lalu cuba lihat diri dari ‘kaca mata’ orang itu. Kita akan nampak kekurangan yang selama ini kita hanya nampak pada pasangan.”Selama diri masih di dalam diri, manusia tidak akan dapat mengenal dirinya,”kata Hamka.
9) Q: Kenapa susah untuk mengaku salah kepada pasangan?
A : Sebab mengakau salah perlu diiringi dengan meminta maaf. Tetapi baik suami atau isteri, susah untuk mengucapkan “Saya minta maaf” selagi masing-masing pertahankan ego.
10) Q: Di mana letaknya kecantikan isteri di mata suami?
A: SUAMI MELIHAT CANTIKNYA ISTERI PADA SIFAT TAAT, HORMAT DAN RELA BERKHIDMAT. ‘Kecantikan’ ini lebih membahagiakan suami dari kecantikan rupa. Daya tarikan sifat merendah diri, sabar, redha, berlapang dada dan akhlak-akhlak terpuji lain juga lebih kuat daridaya tarikan yang ada pada kecantikan wajah. Sebab itu ramai isteri yang boleh menjadi ratu di hati suami walaupun mempunyai rupa paras yang biasa-biasa saja.
11) Q: Bagaimana membuat pasangan tertarik kepada diri kita?
Baik suami atau isteri, daya tarikan bukan sekadar pada rupa dan penampilan tapi pada cara dan nada bercakap, sikap di depan pasangan, pandangan mata dan sifat-sifat lahir lain yang sebenarnya cerminan hati. “Daya tarikan pada diri kita berpusat pada hati. Maka untuk menjadikan diri kita ada daya penarik, cucilah hati,” kata Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Jadi, UNTUK MENJADIKAN DIRI KITA ADA DAYA TARIKAN, HATI MESTI DIBERSIHKAN DARI RASA BENCI, MUDAH MARAH, EGO DAN SIFAT-SIFAT KEJI LAIN. “Orang yang masih ada benci di hatinya mungkin akan menarik rasa benci orang lain terhadapnya,”ujarnya.
12) Q: Bagaimana membuatkan pasangan menghargai kita?
A: Mula-mula kita harus SYUKURI, SAYANGI DAN HARGAI DIRI SENDIRI, barulah boleh terbuka hati pasangan kita untuk menyayangi dan menghargai kita. Syukuri benar-benar setiap kurniaan Allah pada kita termasuk segala kelebihan dan keunikan yang kita ada kerana setiap orang adalah unik, terpulang kepada diri kira untuk menghargai keunikan itu. Kemudian kita perlu hargai pasangan supaya dia pun mudah nak menghargai kita. Soalan: Bilakali terakhir anda membisikkan ucapan “terima kasih” ke telinga pasangan? Dan bila kali terakhir anda berikan hadiah kepada pasangan?
13) Q: Perlukah lagi berlawa depan pasangan bila usia sudah meningkat?
A: PERLU. Ada suami tak suka tengok isterinya tak lawa macam mula-mula kahwin. Maklumlah, saiz badan sudah montel apabila kerap bersalin. Tapi isteri mana yang tak suka lawa sepanjang masa, cuma kadang-kadang tak berkesempatan hendak melayan diri ke spa. Maklumlah duit banyak perlu dibelanjakan kepada urusan keluarga. BAGI SUAMI YANG SAYANG ISTERI, TAK SALAH BUATKAN TABUNGAN KEWANGAN UNTUK PERAWATAN BADAN ISTERI agar tampil anggun. Hati isteri pasti gembira san sudah tentu layanan terhadap penghargaan suami akan berlipat ganda. Bagi suami, walaupun isteri jarang mengomel kalau suaminya “boroi”, tapi hargailah dia. “AKU SUKA BERDANDAN UNTUK ISTERIKU SEPERTI AKU SUKA DIA BERDANDAN UNTUKKU” kata Ibnu Abbas.
14) Q: Bagaimana mneyuburkan sikap saling memberi?
Saling memberi adalah proses dua hala yang tidak akan berlaku jika kedua-dua pihak hanya menunggu untuk menerima. Paling baik, suami mahupun isteri perlu merasakan bahawa mereka perlu memberi semaksimumnya kepada pasangannya, tetapi mesti bersedia menerima paling minimum daripada pasangannya. ” SEBAIK-BAIKNYA KITA BERILAH SEBERAPA DAYA TAPI TERIMALAH SEKADARNYA. Kita terima yang minimum tak apa tapi kita berilah yang maksimum,” ujar Ustaz Abdul Wahab Abd. Jalil, Pengurus Kanan Pembangunan Modul di Yayasan Dakwah Islamiah
15) Q: Betulkah perlu melebihkan anak daripada suami?
A: Wanita di rumah tetap seorang isteri walaupun sibuk layan anak. Jangan anggap suami faham apabila sudah ada anak, anak kena dilebihkan. Lelaki mulutnya di hati, lebih suka menjadi pemerhati, namun timbul cinta dan sayang apabila ada kedekatan dan kerapatan. Suami kalau makan di rumah, dia suka dilayan. Dia tahu isterinya sibuk menguruskan rumah, tapi ketika makan dia tetap mengahrap isterinya duduk sekejap di sisinya; sekadar menemani berbual santai atau menjamu segelas air. Ini juga memberi ruang rehat seketika buat isteri. Suami pula apabila perut telah kenyang tak akan banyak kerenah. Apabila suami seronok, ia doa buat isteri juga…
16) Q: Perlukah selalu berdoa untuk pasangan?
A: YA, kita kena cari waktu mendoakan pasangan. Tidak semestinya selepas solat atau dengan menadah tangan. Sambil buat kerja pun boleh berdoa di dalam hati. Mungkin anda rasakan hanya anda seorang yang berusaha menyuburkan hubungan dengan pasangan sedang pasangan anda tidak berbuat apa-apa. Jangan kecil hati kerana ia mungkin boleh membantu anda mengingatkan bahawa usaha anda itulah menyubur dan menyelamatkan anda berdua.
17) Q: Sudah lama berkahwin perlukah bergurau senda lagi?
A: Sakat-menyakat, gurauan dan melawak bersama pasangan boleh menyuburkan ikatan perkahwinan. Berseronok seperti boleh mendekatkan anda kepada isteri atau suami. Hubungan makin intim. RASULULLAH S.A.W PUN BERGURAU BERSAMA ISTERI; PUSING KELILING KAMAR, LUMBA LARI DAN MANDI BERSAMA.
18) Q: Bagaimana kalau pasangan marah tiba-tiba?
A: Pesan orang tua dulu-dulu, KALAU SUAMI TIBA-TIBA MARAH, USAH DILAWAN; LEBIH BAIK DIAM SAMBIL BERISTIGHFAR DALAM HATI. Rugi mempertahankan kebenaran atau membela diri ketika itu kerana ia lebih memburukkan keadaan. Jika perlu, beredar dulu bagi mengelakkan kemarahan berpanjangan. Kalau pasangan belum makan, beri dia makan dulu atau galakkan dia rehat dulu kerana lelaki kebiasaanya ketika sampai di rumah dari tempat kerja, fikirannya masih membawa ‘kerja-kerja’ di pejabat. Kalau isteri pula tiba-tiba marah atau membebel panjang, TERUS PELUK PINGGANGNYA, KATAKAN “I LOVE YOU”. Pasti dia termangu dan terharu. Kaedah simple ini jarang dilakukan oleh suami.
19) Q: Perlukah tiru rumah tangga orang dulu-dulu?
Dulu lain sekarang lain. Memang kita tak boleh buat perbandingan cara orang dulu melayan suami atau meraikan isteri. CUMA PERADABAN DULU MESTI DIJADIKAN RUJUKAN SEBAGAI PENDORONG ORANG MODEN BERADAB SOPAN. Orang dulu apabila hendak kahwin, mereka belajar dengan keluarga atau tuk guru ilmu kerukunan rumah tangga, banyak menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, memperetulkan cara dan bacaan dalam solat, menghafaz doa-doa khusus dan sentiasa berusaha mencari rezeki dari sumber halal. Tidak curi tulang dan ambil harta yang bukan hak walaupun kecil. Unsur keberkatan dijaga di samping tekun mengamalkan amalan-amalan sunat.
20) Q: Suami isteri solat tapi tidak berjemaah, okey ke?
A: Tidak cukup dengan masing-masing solat bersendirian, kerana solat selain membina ikatan dengan Allah, ia juga saluran membina ikatan jiwa dan rasa dengan pasangan. SOLAT MENGIKAT HUBUNGAN SUAMI ISTERI DEKAT DENGAN ALLAH. Kalu suami solat sendirian, isteri pun solat sendirian, begitu juga anak-anak, bagaimana ikatan ini dapat dibina? “SOLAT BERJEMAAH MENGHADIKAN KASIH SAYANG DALAM KELUARGA.” kata Hj. Hussin Ahamad, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan.
renung2kan la & selamat beramal..utk aku jgk... ;)
No comments:
Post a Comment